CUBA ANDA BAYANGKAN..
PADA SUATU SAAT,NIKMAT MEMILIKI SEBUAH LIDAH DITARIK BALIK.LIDAH ANDA TERPAKSA DIBUANG KERANA KANSER ATAU TERDAPAT KETUMBUHAN YANG MUNGKIN AKAN MEMBAWA MAUT KEPADA DIRI ANDA SENDIRI.
DAPATKAH ANDA MERASAI NIKMAT MAKAN NASI KANDAR KARI KEPALA IKAN?DAPATKAH ANDA MERASAI BETAPA ‘KAW’NYA KOPI PANAS?DAN..DAPATKAH ANDA MENYEBUT ‘SUBHANALLAH’, ‘ALLAHUAKBAR’,DAN MENGUCAP 2 KALIMAH SHAHADAH?APATAH LAGI KALAU DISURUH MEMBACA AL-QURAN TANPA LIDAH?
MUNGKIN RAMAI YANG KATA, ‘GILA KE,MANA ADA ORANG TIADA LIDAH!’
LIDAH ADALAH ASET YANG PALING PENTING.DENGAN LIDAH,KITA MUNGKIN AKAN MENJADI SALAH SEORANG PENGHUNI SYURGA.DENGANNYA JUGA,KITA MUNGKIN MENEMPAH TIKET KE NERAKA!
“GHIBAH (MENGUMPAT) ITU ADALAH APABILA KAMU MENYEBUT PERIHAL SAUDARAMU DENGAN SESUATU YANG DIBENCINYA.”
(RIWAYAT AHMAD,MUSLIM DAN ABU DAUD)
Ada yang berkata,
“aku bukannya hendak mengata,tapi nak bagitahu hal sebenarnya,”
Apa jua namanya,jika menyebut sesuatu yang negatif tanpa kebenaran syarak,ia tetap dilarang.Ketika Israk dan Mikraj,Nabi Muhammad SAW diberitahu bahawa orang yang mencakar muka sendiri di akhirat kelak ialah orang yang suka mengumpat.
Jadi,sama-samalah kita menghindari perbuatan keji tersebut,sementara masih lagi diberi kesempatan untuk meminjam lidah yang tiada gantinya!
SEBAIK-BAIKNYA,GUNAKANLAH LIDAH UNTUK:
- BERZIKIR
- MENGUCAPKAN SALAM
- MEMBACA AL-QURAN
- MENUTURKAN KATA-KATA YANG BAIK
- MERASAI MAKANAN YANG HALAL LAGI BERKAT
JIKA KITA TIADA APA YANG INGIN DIUCAPKAN,MAKA ELOKLAH UNTUK BERDIAM.SELAMAT BERAMAL!